TYT Pulau Pinang

TYT YDP PULAU PINANG menerima kunjungan hormat daripada delegasi Old Frees Association Kuala Lumpur & Selangor (OFAKLS)

Ihsan: Tn Syazrul Pasukan Media TYT PG

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang menerima kunjungan hormat daripada delegasi Old Frees Association Kuala Lumpur & Selangor (OFAKLS)

19 MEI 2026 | 2 ZULHIJJAH 1447H
 
Pagi ini, saya telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Old Frees Association Kuala Lumpur dan Selangor (OFAKLS) yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Ivan Ooi Jieun Vei selaku Presiden.
 
Bertepatan dengan ulang tahun ke-210 penubuhan Penang Free School, delegasi telah berkongsi sejarah ringkas berkaitan Akta Penang Free School 1920 [Akta 842], yang menjadi antara asas penting dalam memastikan kesinambungan serta perkembangan institusi pendidikan berprestij tersebut sejak sekian lama.
 
Dalam pertemuan itu juga, delegasi turut menerangkan pelbagai inisiatif dan usaha yang dilaksanakan oleh persatuan bekas pelajar dalam memperkukuh hubungan silaturahim, memelihara semangat kekeluargaan serta mempererat jaringan antara ahli-ahli persatuan dengan warga Penang Free School.
 
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat yang diadakan serta menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen berterusan OFAKLS dalam memelihara legasi, tradisi kecemerlangan serta nilai kebersamaan Penang Free School sebagai antara institusi pendidikan tertua dan paling berprestij di negara ini.