Bertepatan dengan ulang tahun ke-210 penubuhan Penang Free School, delegasi telah berkongsi sejarah ringkas berkaitan Akta Penang Free School 1920 [Akta 842], yang menjadi antara asas penting dalam memastikan kesinambungan serta perkembangan institusi pendidikan berprestij tersebut sejak sekian lama.
Dalam pertemuan itu juga, delegasi turut menerangkan pelbagai inisiatif dan usaha yang dilaksanakan oleh persatuan bekas pelajar dalam memperkukuh hubungan silaturahim, memelihara semangat kekeluargaan serta mempererat jaringan antara ahli-ahli persatuan dengan warga Penang Free School.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat yang diadakan serta menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen berterusan OFAKLS dalam memelihara legasi, tradisi kecemerlangan serta nilai kebersamaan Penang Free School sebagai antara institusi pendidikan tertua dan paling berprestij di negara ini.